Sunday, 14 February 2016

BAHANA MUJTAHID @ FATWA SEGERA

Realiti pada hari ini menggambarkan kita sebahagian anak-anak muda dan mahasiswa yang mahu menjinakkan diri dengan isu semasa dengan menghadirkan satu perasaan tanggungjawab serta berani ke hadapan untuk mengulas sesuatu peristiwa yang berlaku namun terselit kontranya yang lebih banyak jika kita teliti.
Tidak dinafikan mereka ini sudah tersemat dalam diri 'thaqafah waqi'eyyah'(ilmu isu semasa) namun pentingnya untuk mereka mengambil kira pelbagai sudut sama ada dari bahan ilmiah mahupun pandangan masyarakat sekeliling khususnya yang mempunyai sumber primer dalam isu tersebut sebelum mengulas sesuatu isu semasa.
Perlu diketahui bahawa adab dan tradisi ulama' terdahulu sebelum mengeluarkan fatwa, mereka akan mengambil dalam satu tempoh yang agak lama untuk mengenal pasti sesuatu permasalahan itu sebelum mengeluarkan suatu keputusan yang muktamad. Namun kini, begitu mudah pendakwah millennia kini  meletakkan sesuatu peristiwa dan dikaitkan dengan dalil naqli berpandukan pendapat peribadi.
Perlu juga melihat pada sudut kemaslahatan umum. Bukannya berunsur peribadi semata-mata untuk menegakkan prinsip kita. Namun perlu difikirkan juga kesesuaian dengan situasi, teori dan reality. Bukannya berhalusinasi tanpa memikirkan impak atas ijtihad sendiri.
Adalah ini suatu amalan yang baik yang menunjukkan kita cakna dengan isu semasa namun kita khuatir jika kita lebih-lebih,lagi-lagi anak-anak muda dan mahasiswa yang mahu mengulas sesuatu isu itu dalam keadaan yang tergesa-gesa tanpa bertabayyun dengan mengambil kira dari semua sudut pandangan dan seharusnya kita bertanggungjawab atas apa yang kita kupaskan. Boleh jadi, impak atas perbuatan pendakwah millennia boleh mendatangkan fitnah terhadap islam tanpa disedari. Maka, berhati-hatilah wahai  syabab dan fatayat


Tiada masalah jika mahu mengulas tetapi hendaklah ia disertai dengan adab serta menerima kritikan yang membina. Bukannya memperjualkan ayat-ayat suci al-Quran mahupun hadits sahih untuk membidas kritikan yang dianggap, “ tidak bertauliah”.

Kerana saya yakin, masih ramai di luar sana yang beradab dalam mengulas sesuatu isu.


Utamakan adab untuk hindarkan perpecahan!

No comments:

Post a Comment