Sunday, 14 February 2016

Jikalau Aku ISMA, Sudikah Engkau Berkawan denganku?

"Kalau saya tak ikut usrah, so dah tak contact saya lagi ke lepas ni?" Diam. Kenapa Diam?. Mungkin orang yang futur hatinya tidak layak bersama gerakan usrah?. Mungkin juga saya ini tidak layak ditarbiyah. Gitu ke?
.....
Jika demikian, maafkan saya jika saya bersifat ‘cynical’.Maafkan saya jika saya mempunyai hati yang rapuh.Maafkan saya, andai akhlak baik tak ditunjuk. Maafkan saya, andai kadang terlupa nak menegur tanya khabar. Maafkan saya andai mata ini laju untuk menghukum.
Kita, An-Nisyan, kadang terlupa bila bersahabat kerana apa. Bila orang yang dirapati itu tak mengikut apa kemahuan kita, maka lebih baik ditinggalkan saja.Atau juga sahabat kita tidak sehaluan, maka harus ditinggalkan. Atau juga, persahabatan yang tidak membawa erti kehidupan, tidak layak bersama kita. Mungkin, inilah jalan yang terbaik untuk dipilih oleh golongan yang berspesies, Homo Sapien.
.....
Kesannya ramai yang tahu tapi terlepas pandang. Mereka yang pernah dirapati itu terus tawar hati. Bila hubungan yang pernah rapat dulu rupanya beragenda. Terasa diri ini, tak ada nilai. Sampah semata-mata.
Dan kadang, hubungan ini terlalu banyak rahsia. Entah apa yang disorokkan pun tak tahu. Tak paham, kalau boleh, semua benda tak mahu kita tahu. Seolah-olah kita hanyalah bayangan di hadapan mereka.  Dan perasaan apabila dibelakangkan sangtlah melukakan. Kadang-kadang kita terlupa. Terlupa yang hati ini milik Allah. Bila- bila masa sahaja Allah bolah membolak-balikkan hati kita terhadap sesuatu perkara.
……
Duhai pendakwah millennia, aku kagum dengan semangat waja kalian untuk memperbetulkan ummah yang tenat. Namun , aku sering tertanya-tanya terhadap sesuatu perkara. Tamsilnya, terdapat 2 gerakan dakwah, A dan B. Kedua-duanya mempunyai matlamat yang berbeza namun tiada apa yg dpt membezakan kita melainkan kemahuan husnul khatimah. Sang pendakwah A bersama visinya, menegakkan kembali system berkhalifah manakala Sang pendakwah B bersama visinya yakni memupuk ukhwah islamiah dan kehidupan berwasatiyah. Namun, adakah kalian perlu bercanggah lidah sesame sendiri, dengan mengatakan  gerakan itu menyesatkan, gerakan ini sangat lemah, risau jika gerakan lain bangkit melebihi daripada gerakan kalian, serta sering memperendahkan usaha sesame muslim.
Pelik?. Jika diimbas kembali kisah sirah Rasulullah dimana  mengisahkan tentang kaum Muhajirin dan Ansar. Kaum Muhajirin menerima Islam secara terus drpd Nabi Muhammad s.a.w. Manakala kaum Ansar menerima islam melalui perjuangan para sahabat sebelum Nabi berhijrah ke Madinah. Walaupun berbeza penerimaan, namun mereka tetap menerima antara satu sama lain. Ni simple sirah je kowt yg boleh ambil tauladan. Kemain bersengkang mata mengkaji sejarah islam. Tapi sayang, diabaikan pula kisah sedemikian.
……
Bila mahu menghadiri majlis bicara ilmu, semuanya diajak kecuali aku. Tidak mengapa. Bersangka baiklah yang aku mampu. Tempat Terhad. Dan apabila diajak menghadiri program usrah bermalam, aku menolaknya sebaik mungkin atas alasan mahu mengulangkaji pelajaran. Habis dilabel diri ini seorang yang bermatlamat duniawi semata-mata. Dan apabila diajak berguru di sesebuah institusi, habis penuh keraguan untuk menyertai atas pandangan ustaz itu berbeza dengan pandangan orang awam.
……..
Hati manusia ini pelbagai. Hati yang tertarik dengan akhlak mulia. Hati yang tertarik dengan hati yang tak membeza-bezakan manusia. Hati yang tertarik dengan persahabatan kerana Allah. Namun, kena berwaspada, kerna hati manusia itu sangatlah rapuh. Jika telah jatuh berderai, susah untuk mencari serpihan kecil utk memperbaikinya.
Tak kisahlah aku ini seorang pendosa. Tak kisahlah aku ini seorang yang kelihatan jauh dari agama. Kalau betul engkau bersahabat dengan aku kerana Allah, maka aku mohon. Tidak mengetepikan daku ke alam yang penuh kealpaan.
"Bersabarlah dengan aku. Pujuk aku untuk bersama ke syurga. Walaupun engkau, aku ludah tanpa henti,"


Kerana aku manusia.
Kerana engkau manusia.
Jangan tinggalkan aku, bila aku memilih untuk tidak bersamamu..




P/S: when I mentioned “ISMA”, neither of the agenda is to promote them nor telling the world I’m part of them. None of the above. Hanyalah sekadar hiasan.

No comments:

Post a Comment